Program Bolasepak Wanita Malaysia (AMGFP) berlangsung meriah di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara, hari ini dengan kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham.
Kehadiran bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu amat dinantikan peserta program yang dianjurkan menerusi kolaborasi Adidas Malaysia dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFAM).
Tidak hanya hadir sebagai tetamu, Beckham turut memberikan kata-kata semangat dan motivasi selain mengambil kesempatan ‘beraksi’ bersama pemain bola sepak wanita dalam program berkenaan.
Beckham juga tidak mengecewakan segelintir peminat yang turut hadir apabila dia sempat beramah mesra dengan mereka sebelum meninggalkan program terbabit.
Program berkenaan dianggap sebagai satu langkah positif dalam mengembangkan lagi arena bola sepak wanita di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam ucapannya mengakui program terbabit bagus dalam usaha memacu bola sepak wanita melangkah ke tahap lebih baik.
sumber:- BH
Selain itu, jadual Beckham pada hari ini boleh dikatakan cukup padat apabila akan membuat penampilan bersama penyokong bola sepak tanah air di pusat membeli belah The Exchange TRX Mall, petang ini.