Selangor FC dan pemain tengah, Brendan Gan tidak lagi bersama bagi musim 2024-2025 susulan satu ciapan yang dimuat naik sebagai tanda penghargaan kelab buat pemain tersebut.
Sejak tamat musim 2023, masa depan Brendan sentiasa menjadi perbualan dengan terdapat khabar angin menyatakan dia tidak lagi akan bersama pasukan Gergasi Merah.
Dan ia telah menjadi kenyataan apabila Selangor memuat naik video menerusi X sambil memberikan penghargaan buat pemain yang telah menabur segala keringat kepada pasukan sepanjang lima musim.
“Seorang wira kepada ramai dan salah seorang yang paling hebat untuk memakai Merah dan Kuning, mengucapkan selamat tinggal,” kapsyen Selangor FC di X.
sumber:- SA
“Kisah cinta bola sepak yang disaksikan 80 kali dalam empat tahun, dengan 14 kali menjaringkan gol, serta 12 bantuan jaringan, atas kepimpinannya, atas semangatnya, atas keberaniannya, atas kerendahan hatinya, menjadi lambang inspirasi, untuk kerana menjadi THE Kapten #RedGiants, melalui semua kejayaan dan kepayahan yang kami kongsi bersama.”Kisah cinta kami akan kekal selamanya. #ForeverRed. Brendan Gan Seng Ling. TERIMA KASIH ❤️?”