sukan

Sedia sekiranya ‘pinangan’ ditolak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar memujuk pemain berdarah kacukan yang ketika ini berada di Eropah untuk mewakili Harimau Malaya namun perlu bersedia sekiranya ‘pinangan’ mereka ditolak kelompok pemain terbabit.

Pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berpandangan badan induk itu tidak seharusnya meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan khidmat mereka dan perlu menerima hakikat Malaysia sebagai ‘pilihan kedua’.

“Kalau benar mereka ini berkualiti, FAM perlu cuba memancing mereka tetapi kita harus ingat kalau mereka pun bagus, mereka pasti tunggu peluang untuk beraksi dengan negara kelahiran mereka dan negara itu pasti mahukan khidmat mereka.

“Jadi saya fikir agak berat untuk mereka menerima Malaysia kalau mereka ada peluang dengan negara asal mereka. Mungkin kita perlu menunggu empat atau lima tahun lagi ketika mereka sudah rasa tidak boleh pergi (wakil negara asal), baru mereka pertimbangkan untuk main dengan kita.

“Kalau kita dapat pujuk mereka, memang bagus kerana kita tahu kualiti pemain berdarah kacukan seperti yang ada dalam skuad kebangsaan kita. Tetapi kalau ditolak, tidak mengapa kerana kita ada bakat tempatan juga,” katanya.

Kelmarin BH Sukan melaporkan bukan setakat pemain Barcelona B, Naim Garcia yang berdarah Sepanyol memiliki keturunan Malaysia tetapi ramai lagi pemain kacukan yang layak mewakili Harimau Malaya ketika ini sedang beraksi di luar negara.

Terima kasih kepada laman pencari bakat, frfuturetalents yang berjaya mengesan lambakan kelompok pemain itu sekali gus memudahkan kerja FAM untuk ‘meminang’ mereka bagi menyertai skuad kebangsaan.

Kelompok pemain ini juga masih muda dan mengisi banyak posisi sekali gus mampu memberi manfaat jangka panjang buat skuad kebangsaan sekiranya mereka memilih untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Antaranya adalah pemain Heracles Almelo, Sem Scherperman dan Diego Van Oorshot; pertahanan kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl; pemain tengah Wigan Athletic, Christopher John Bernard Sze, penyerang tengah skuad B-21 Manchester United, Ethan Joseph Wheatly dan pemain tengah skuad B-17 Manchester City, Daniel Batty.

Dalam perkembangan sama, Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu berpandangan bukan satu isu sekiranya kita mendapat pemain berdarah kacukan yang memilih Malaysia selepas ‘ditolak’ negara kelahiran mereka.

“Mungkin ada pemain berdarah kacukan ini nanti tidak dapat mewakili negara asalnya oleh kerana kualitinya dianggap tidak mencapai standard negara terbabit tetapi setidak-tidaknya, mereka sudah beraksi di Eropah dan ada banyak pendedahan di sana.

sumber:- BH

“Kita boleh ambil mereka yang bermain di liga pertama ataupun liga kedua kerana saya fikir kelompok pemain ini mampu bersaing setidak-tidaknya di peringkat Asia,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

5 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

7 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

7 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

8 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

9 hours ago