sukan

Kedudukan Ranking Liga Malaysia menurun

LIGA Malaysia (Liga-M) berada di kedudukan ke-87 dalam senarai liga terbaik seluruh dunia pada 2023 mengikut data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Liga-M memungut 176 mata dinilai lebih baik berbanding Liga Australia (Liga-A) yang berada pada kedudukan ke-90 dengan 168 mata dan Liga Wales (ke-89) dengan 174.25 mata.

Namun, kedudukan itu menyaksikan Liga-M jatuh tiga anak tangga apabila sebelum ini menghuni kedudukan ke-84 pada 2022.

Dalam peringkat Asean, Thailand berada di ranking teratas kedudukan ke-71 (241.5 mata), diikuti Malaysia dan Indonesia pada kedudukan ke-94 (148.75 mata).

Liga Itali, Serie A pula diangkat sebagai liga terbaik di dunia buat kali ke-12 dalam sejarah ranking tahunan IFFHS yang dilancarkan sejak 1991 dengan pungutan 1,619.5 mata.

Liga Perdana Inggeris (EPL) pula berada di tempat kedua buat kali keenam dalam tempoh tujuh tahun manakala, La Liga pula berada pada kedudukan ketiga.

sumber:- SH

Dalam pada itu, Liga Korea selatan (K League) mendominasi kedudukan teratas untuk kategori Asia disusuli Arab Saudi (Saudi Pro League) dan Liga Jepun (J League).