sukan

Selangor tak tukar rumput, Fokus ‘upgrade’ benda lain

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Doktor Johan Kamal Hamidon, memaklumkan proses naik taraf Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjalan seperti yang dijadualkan.

Kerjasama di antara pihak pengurusan Selangor FC dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini tertumpu kepada naik taraf fasiliti stadium seperti sistem saliran perparitan, tandas, tempat duduk penonton, bilik persalinan serta surau.

Jelasnya lagi, Stadium MBPJ akan kekal menggunakan rumput sedia ada jenis cow grass memandangkan tempoh masa yang ada tidak sempat untuk proses penukaran rumput.

“Beberapa kerja penambahbaikan sedang dijalankan untuk memastikan menepati ciri-ciri yang ditetapkan AFC, antaranya kerusi penyokong, sistem suara, sistem pencahayaan, bilik VIP yang dijangka siap pada April.

“Masa untuk menyiapkan padang kalau tukar rumput, saya rasa tidak sempat.”Sekarang pun musim hujan jadi jentera tidak boleh masuk.

“Tetapi kerja-kerja saliran,. kami akan ambil peluang dan tawaran yang baik ini kerana dengan saliran yang baik, air akan turun dengan cepat jadi padang tidak lecak.

“Jadi permukaan padang lebih cantik untuk bermain walaupun hujan lebat” katanya.Johan dalam perkembangan sama turut mengesahkan bajet perbelanjaan Gergasi Merah meningkat sebanyak 30 peratus bagi menghadapi saingan musim 2024/2025.

Pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kelab bagi menampung perbelanjaan musim baru.
“Memang bajet bertambah jadi musim ini sangat mencabar.

sumber:- SA

“Musim ini saingan berlangsung 17 bulan, peningkatan lima bulan ini sahaja (ia melibatkan) peningkatan sebanyak 30 peratus.
“Kerja-kerja penjimatan telah diusahakan sejak 2-3 untuk memastikan kami mempunyai dana yang mempunyai bagi peningkatan bajet ini.