sukan

Pendedahan Dion Cools buat peminat berputih mata

‘Belum masa beraksi dalam Liga Malaysia’, itu pendedahan pertahanan kelab Thai League 1, Buriram United, Dion Cools sekali gus menolak spekulasi Liga Thailand sekadar tempat persinggahan untuk membuat kemunculan dalam kancah Liga Malaysia.

Tonggak Harimau Malaya itu ketika ditemubual eksklusif bersama wartawan, , Qatar baru-baru ini mahu melebarkan sayap ke Liga Jepun atau Liga Korea Selatan.

Cools menyertai Buriram awal tahun lalu menerusi kuota pemain ASEAN dan berjaya membantu kelab berkenaan memenangi tiga piala untuk musim 2022/2023.

Memasuki tahun kedua untuk musim 2023/2024, bekas pemain Club Brugge dan FC Midtjylland itu tampak belum pasti destinasinya sejurus musim berakhir.

sumber:- SA

Ia pada ketika pertahanan berusia 28 tahun kelahiran Kuching, Sarawak itu dikaitkan ke Johor Darul Ta’zim susulan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan Cools akan menyertai Harimau Selatan suatu hari nanti.