sukan

“Kegigihan dalam impian adalah kunci” – Brendan Gan

Brendan Gan berkongsi satu ‘posting’ di laman Facebook peribadinya tentang “The 2 year Asian Cup Dream”.

Pada Julai 2021, Brendan mendedahkan dia telah dikesan menghidap kanser testis peringkat awal, sekaligus terpaksa berhenti bermain bola sepak.

Daripada berjuang menentang kanser kepada membuat penampilan di pentas Piala Asia, pemain tengah kebangsaan, Brendan membuktikan bahawa kegigihan mampu mengatasi perkataan ‘mustahil’.

Biarpun pemain berusia 35 tahun itu tidak diturunkan dalam dua perlawanan awal berdepan Jordan dan Bahrain, dia tidak menunjukkan sebarang simtom ‘karat’, sebaliknya prestasi mengagumkan ketika Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3.