sukan

Tidak semua indah , Luahan Paulo Josue

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue, menyifatkan Romel Morales sebagai aset kepada skuad kebangsaan yang terbukti dengan hasil apabila meledak gol pada masa tambahan menentang Republik Korea dalam Piala Asia Qatar, baru- baru ini.

Jelasnya, biarpun Morales baru sahaja bersama kem negara tetapi karakternya serta semangat juang jelas melayakkan dia terus berada dalam skuad kebangsaan.

Namun, tidak semua yang indah berakhir dengan keindahan, Josue pada ketika ini mengakui masih bersama Kuala Lumpur City meskipun difahamkan masih terganggu akibat tunggakan gaji yang sudah menjangkau empat bulan bersama kelab itu.

Josue turut berikrar terus menabur bakti menyarung jersi Harimau Malaya andai khidmatnya masih ditagih Kim Pan-gon.
“Dia sentiasa berusaha keras, baik, sedia belajar dan mendengar pendapat yang lain.

“Dia merupakan aset yang hebat buat negara.”Sudah tentu dalam dua perlawanan awal, dia masih cuba menyesuaikan diri dengan pasukan dan rakan sepasukan jadi dia tidak dapat mempamerkan aksi sebenarnya.

sumber:- SA

“Dalam tempoh lima minit penghujung permainan (bertemu Korea), dia membuat larian dan melakukan jaringan pada saat akhir untuk melakar sejarah buat Malaysia,” katanya.