sukan

Piala Asia: AFC puji Indonesia

Biarpun langkah Indonesia terhenti di pusingan 16 terbaik, namun AFC tetap beri pujian kepada pasukan termuda di Piala Asia 2023 itu.

‘Kisah dongeng’ pasukan Indonesia tamat selepas Sang Garuda terpaksa akur tewas besar 0-4 ditangan Australia semalam.

Untuk rekod, Indonesia berjaya mara ke peringkat 16 terbaik buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Kesemua empat gol The Socceroos dijaringkan oleh individu yang berbeza iaitu Elkan Baggott, Martin Boyle, Craig Goodwin dan Harry Souttar.

sumber:- SA

Indonesia juga merupakan pasukan paling rendah ranking dunia di pusingan 16 terbaik iaitu berkedudukan 146 manakala seterusnya ialah Thailand di ranking ke 113 dunia.