sukan

Malaysia disamakan dengan Brazil dan Ghana

Apakah persamaan antara juara dunia lima kali, Brazil, juara Afrika empat kali, Ghana dan juga juara Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2010, Malaysia?

Persamaan yang dikongsi tiga pasukan ini adalah mereka menjadi pasukan yang berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol ke atas Korea Selatan sepanjang tempoh lima tahun ini.

Bermula 2019, Korea Selatan berdepan Brazil sebanyak tiga kali, satu aksi berdepan Ghana dan juga satu aksi menentang skuad Harimau Malaya, baru-baru ini.

Dalam tiga pertemuan menentang Selecao, skuad yang ketika ini dibimbing legenda Jerman, Jurgen Klinsmann dibolosi sebanyak 12 gol dengan mereka hanya berjaya meledak dua gol.

Pada aksi persahabatan yang berlangsung pada 2019, Brazil menang 3-0 dan satu lagi aksi persahabatan pada 2022 menyaksikan ‘Taeguk Warriors’ dibelasah 5-1.

Pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022, Korea Selatan gagal mengimbangi kekuatan Brazil selepas mereka tumbang 1-4.Pada kempen sama juga, Ghana menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi peringkat Kumpulan H namun kekalahan itu tidak menghalang Korea Selatan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, Malaysia turut menjadi pasukan ketiga yang berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol menentang Korea Selatan dalam tempoh lima tahun ini.

sumber:- BH

Keputusan itu dilakar pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2023 di mana skuad bimbingan Kim Pan Gon bangkit mengikat gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.