Aksi yang menarik dan memukau menyebabkan pertembungan terakhir kumpulan E membabitkan Korea Selatan bertemu Malaysia menjadi antara enam pertemuan terbaik peringkat kumpulan pilihan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Pertembungan terbabit sememangnya menjadi bualan ramai apabila enam gol terhasil dengan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.
AFC menyenaraikan enam aksi terbaik peringkat kumpulan dengan penyokong boleh mengundi perlawanan yang dianggap sebagai perlawanan pilihan di laman sesawangnya.
AFC menyifatkan aksi antara Korea Selatan menentang Malaysia yang berkesudahan 3-3 itu sebagai aksi roller coaster terutamanya selepas menyaksikan kebangkitan Harimau Malaya yang berjaya mengikat pasukan di ranking ke-23 dunia itu dengan gol penyamaan pada minit akhir.
“Kekalahan tipis 0-1 pada minit akhir di tangan Bahrain menyingkirkan Malaysia ketika saingan berbaki satu perlawanan namun wakil Asia Tenggara itu mahu menutup kempen peringkat kumpulan bagi edisi kali ini dengan kebanggaan.
“Apa yang berlaku adalah satu aksi yang menakjubkan di mana penyokong mereka pasti akan bercakap mengenainya untuk bertahun-tahun yang akan datang,” kata AFC Selain daripada pertembungan ‘epik’ Korea Selatan dan Malaysia itu, turut disenaraikan adalah pertemuan dua wakil Asean,
Vietnam dan Indonesia yang menyaksikan Indonesia menang 1-0 dan kemenangan 4-2 dilakar Jepun ke atas Vietnam serta kemenangan 2-1 Arab Saudi ke atas Oman.
Selain itu, aksi antara Iraq berdepan Jepun yang berkesudahan 2-1 serta kemenangan 2-1 Tajikistan ke atas Lubnan yang menghantar Tajikistan ke pusingan kalah mati.
sumber:- HM
Setakat jam 12 tengah hari, aksi Korea Selatan-Malaysia menjadi pilihan tertinggi pelayar Internet dengan peratusan tertinggi sebanyak 77 peratus diikuti aksi Vietnam-Indonesia dengan 19 peratus.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More