sukan

Pemain Barcelona pencabar baharu Faisal dan Arif Aiman dalam skuad Malaysia

Dua pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim mungkin memiliki pencabar terbaharu sekiranya skuad Harimau Malaya berjaya ‘memujuk’ pemain berdarah kacukan Sepanyol-Malaysia, Naim Garcia.

Berdasarkan maklumat dari laman pencari bakat Frfuturetalents, Garcia yang kini beraksi bersama Barcelona B memiliki darah keturunan Malaysia sekali gus memiliki prospek sebagai bintang baharu negara.

Pada usianya yang baru menginjak 21 tahun, pemain ini pasti mampu memberi manfaat jangka panjang buat skuad kebangsaan sekiranya dia memilih untuk mewakili negara pada masa akan datang.

“Naim Garcia dilahirkan di Madrid, Sepanyol dan memiliki keturunan Malaysia menerusi datuknya.

“Dia menyertai Barcelona B secara pinjaman daripada CD Legans sehingga 30 Jun dengan pilihan untuk perpindahan secara tetap,” kata laman terbabit.

Menurut laman sama, pemain terbabit boleh beraksi di posisi sayap kanan dan kiri serta memiliki nilai pasaran setinggi RM2.56 juta.

sumber:- BH

Memiliki ketinggian 180 sentimeter (sm), kaki dominan pemain itu adalah kaki kiri.