sukan

Malaysia tidak tunggu lama ‘asah taring’ selepas tersingkir di Piala Asia

Perancangan untuk terus memperkasakan lagi mutu skuad kebangsaan diteruskan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif mengatur dua perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya.

Selepas Malaysia menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan kutipan satu mata hasil keputusan seri menentang pasukan di ranking ke-23 dunia iaitu Republik Korea, FAM enggan Harimau Malaya berehat terlalu lama malah terus mengatur dua perlawanan persahabatan yang dikhabarkan bakal berdepan satu pasukan dari dalam negara dan satu lagi di luar negara.

sumber:- SA

Dalam pada itu, skuad negara dijangka bakal membuat persiapan lebih awal susulan Liga Malaysia masih belum bermula. Turut difahamkan, pemain bakal melaporkan diri pada 21 Februari ini.