Ademola Lookman meledak dua gol dalam kemenangan 2-0 Nigeria ke atas seteru lama, Cameroon dan mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Nigeria menyaksikan gol awal Semi Ajayi dibatalkan selepas penilaian VAR tetapi asakan bertali arus oleh Victor Osimhen membolehkan Lookman membuka jaringan pada minit ke-36.
Lookman memastikan kemenangan pada minit ke-90 aksi di Stadium Felix Houphouet Boigny di Abidjan.
Mereka akan kembali ke gelanggang sama untuk aksi suku akhir bertemu Angola, yang sebelum itu menewaskan Namibia 3-0.βIa persembahan hebat daripada pasukan, kami berjuang dari minit pertama hingga ke-100,β kata Lookman.
Super Eagles yang diterajui Osimhen di barisan hadapan, adalah pencabar utama juara bertahan, Senegal, dalam usaha mereka memburu gelaran keempat di kejohanan itu.
sumber:- BH
Kemenangan itu cukup bermakna buat Nigeria, yang tewas tiga kali kepada Cameroon dalam penentuan kejuaraan AFCON. β AFP