sukan

Kisah Kapten Palestin disebalik kejayaan

Musab Al-Battat mengetuai Palestin di atas padang dengan persembahan penuh aksi dan di luar sebagai suara pasukan yang berjuang untuk mara ke pusingan kalah mati Piala Asia buat kali pertama.

Kapten berusia 30 tahun itu akan menjadi pemain yang menjadi inspirasi apabila Palestin berdepan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar dalam perlawanan peringkat 16 terakhir, tengah malam Selasa ini.

Palestin mara ke pusingan kalah mati kejohanan serantau itu selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, iaitu kemenangan pertama mereka dalam kejohanan itu.

Pemain pertahanan itu membuat menjadi arkitek kepada dua gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.”Dia adalah kapten yang memimpin melalui teladan,” kata Bassil Mikdadi, pengasas laman web Football Palestine.

“Kisah atau perjalanan bola sepak Palestin sejak 10 tahun lalu boleh diceritakan melalui Musab Al-Battat,” tambah Mikdadi mengenai pemain itu yang membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2013.

Pasukan yang berada di ranking ke-99 dunia itu mara ke pusingan seterusnya walaupun mengalami masalah yang teruk dibayangi oleh perang Israel-Hamas di wilayah Palestin dekat Gaza.

Beberapa pemain kehilangan orang tersayang dan keluarga mereka terperangkap di Gaza.

Pasukan itu berlatih dan bermain perlawanan di luar negara dalam persiapan ke Piala Asia ketiga mereka.

sumber:- HM

Sebagai kapten dan pemain senior yang sangat dihormati, Battat menjadi suara umum dan wajah pasukan di Qatar.