sukan

Tiga pasukan lamar Rizal Ghazali

Bekas pemain pertahanan Sabah FC Rizal Ghazali mengakui beliau masih dalam perbincangan dengan beberapa pasukan Liga Super yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk musim 2024 yang akan membuka tirainya pada Mei depan.

Pemain kelahiran Baling itu berkata selepas kembalinya beliau ke Semenanjung, terdapat tiga pasukan termasuk pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini masih berada dalam proses perbincangan berkaitan khidmatnya pada musim ini.

“Kalau ada tawaran yang sesuai dari KDA FC insyaAllah saya boleh terima kerana ini tempat saya sendiri dan saya juga telah beraksi dan mencapai banyak kejayaan bersama pasukan Kedah sejak 2014 lagi sebelum berhijrah ke Sabah pada 2022.

“Jadi untuk Kedah saya masih menunggu keputusan yang akan dibuat pihak pengurusan selepas mengadakan perbincangan sebelum ini dan juga jika sudah rezeki saya ada di mana-mana pasukan lain selain Kedah pun saya tetap terima.

Related Post

“Setakat ini saya juga menerima pertanyaan dari dua lagi pasukan Liga Super yang turut menyatakan minat mereka, namun sebagai pemain, saya faham kerana Liga Super hanya akan bermula pada bulan Mei dan masih ada masa lagi buat mana-mana pasukan bagi melakukan persiapan rapi berkaitan kontrak yang diperlukan,” katanya.

Rizal juga berkata beliau berazam mahu menjadikan musim 2024 bersama pasukan baharu musim ini sebagai musim yang lebih baik dalam peningkatan prestasinya.

sumber:- HM

“Pada musim baharu ini, saya mahu pertingkatkan lagi usaha berbanding tahun lalu walaupun saya sudah beri sepenuh komitmen bersama Sabah FC tapi saya rasa masih lagi tidak cukup dan mahu lakukan usaha lebih lagi pada musim ini,” katanya.