sukan

Piala Asia: Pemain Indonesia terpaksa buka kembali bagasi

Susulan keputusan seri 1-1 di antara Kyrgyzstan dan Oman semalam, Indonesia telah berjaya mengesahkan laluan ke pusingan 16 Piala Asia Qatar 2023.

Indonesia menjadi pasukan terakhir untuk lolos ke pusingan kalah mati apabila keputusan perlawanan kumpulan F di antara Kyrgyzstan dan Oman menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata, sekaligus Indonesia kekal menjadi pasukan keempat terbaik untuk berada di kedudukan ketiga kumpulan D dengan 3 mata.

Apa yang mencuri tumpuan, disebalik tumpuan penuh minat seluruh pemain dan rakyat Indonesia mengikuti perlawanan Kyrgyzstan dan Oman lewat malam tadi, terdapat pemain Indonesia yang telah siap sedia berkemas untuk pulang ke Indonesia sewaktu perlawanan berlangsung.

Hal ini kerana, Oman terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan menerusi Muhsen Al Ghassani pada minit ke 8. Keputusan semasa itu menolak kedudukan Indonesia untuk layak kerana Oman pada ketika itu mempunyai 4 mata manakala Indonesia terpaksa berharap dengan 3 mata yang mereka peroleh menentang Vietnam tempoh hari.

sumber:- SA

Walaubagaimanapun, harapan mereka kembali bersinar apabila Kyrgyzstan menjaringkan gol penyamaan menerusi Joel Kojo pada minit ke 80 sekaligus menempatkan kembali kedudukan Indonesia di landasan terbaik untuk mencipta sejarah baru sang Garuda.Indonesia akan menentang Australia dalam perlawanan seterusnya pada Ahad, 28 Jan jam 7:30 malam.