Tonggak Indonesia Jordi Amat menyifatkan kejayaan pasukannya melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Asia adalah satu perkara yang ‘gila’.
Jordi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) melihat Indonesia berjaya mencipta sejarah dengan menentang pasukan gergasi Asia iaitu Australia pada 28 Januari ini.
“Kamimencipta sejarah. Ini sungguh gila dan kami berhak untuk mendapatkannya walaupun berada di kumpulan sangat sukar namun masih berjaya mengatasi cabarannya.
“Kejayaan ini mampu dikecapi hasil daripada sokongan padu penyokong sepanjang kami mengharungi saingan peringkat Kumpulan D.”Setiap pemain bekerja keras dan kami semua adalah satu keluarga. Bagi saya, semua orang memberikan yang terbaik untuk jersi ini.
“Kami sangat bangga kini dan sudah tentu akan memberikan segala galanya untuk pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023, malah saya yakin kami akan memiliki pertandingan lebih berkualiti,” katanya menerusi bola.com.
Untuk rekod peringkat Kumpulan D, Indonesia tampil sebagai pasukan bukan pilihan apabila mereka menjadi negara kedua paling rendah daripada segi kedudukan ranking dunia untuk saingan ini.
sumber:- HM
Indonesia juga menjadi negara kedua dari Asia Tenggara mengiringi Thailand untuk ke pusingan 16 terakhir, selepas Malaysia dan Vietnam terkandas di peringkat kumpulan.
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More