sukan

Faisal Halim mahu hadiahkan motosikal

Tangisan penyokong negara, Derrick Gan yang menjadi tular ketika aksi Malaysia berdepan Korea Selatan jelas tidak sia-sia selepas dia mendapat ‘durian runtuh’ daripada pemain negara, Faisal Halim.

Menerusi satu maklumat daripada pengguna laman Instagram iaitu Danial Mazalan, individu itu mencari Derrick untuk menghadiahkan motosikal baharu selepas Derrick menjual motosikalnya bagi mendapatkan dana ke Qatar.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan motor baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya.

“Dia sampai je KL (Kuala Lumpur) nak kasi motor terus,” kata individu terbabit.Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.

Cerita di sebalik air mata di bumi Doha itu yang menjentik emosi penyokong bola sepak negara sebenarnya lebih mengagumkan selepas penyokong itu menjadi tular.

Berdasarkan maklumat yang ketika ini menjadi topik hangat diperkatakan, penyokong dikenali sebagai Derrick Gan itu sebenarnya melakukan pengorbanan besar untuk menyaksikan perjuangan skuad negara di Piala Asia 2023.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Derrick mengambil keputusan melepaskan motosikalnya pada harga RM4,500 untuk mencari dana bagi membolehkannya terbang ke Qatar.

“Mencari dana ke Qatar! Malaysia Road to Asia! Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta..1st major tournament in Malaysia’s history!

sumber:- BH

“Ade sesiape sudi tolong x? Pape roger,” tulis Derrick menerusi akaun Facebooknya yang bertarikh 28 Disember itu.