sukan

AFC senaraikan aksi Malaysia , Ayuh sama-sama bantu

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) telah membuka undian untuk memilih perlawanan terbaik sepanjang peringkat kumpulan di Piala Asia, Qatar 2023.

Sebanyak enam perlawanan disenarai pendek oleh AFC dan aksi antara Malaysia dan Korea Selatan yang berakhir dengan keputusan 3-3 pada Khamis turut tersenarai antara perlawanan terbaik.

“Peringkat kumpulan Piala Asia AFC Qatar 2023 berakhir pada Khamis apabila 16 pasukan mara ke pusingan kalah mati manakala lapan pasukan tersingkir.

“Drama lewat yang luar biasa, perlawanan dengan jaringan terbanyak dan beberapa keputusan luar jangkaan menghiasi peringkat kumpulan yang akan kekal dalam ingatan ketika edisi ke-18 pertandingan benua itu berlangsung dengan penuh bergaya.

“Sebelum pusingan 16 bermula, the-AFC.com melihat kembali enam pertemuan terbaik peringkat kumpulan dan menjemput peminat mengundi perlawanan kegemaran anda,” kata AFC.

Related Post

Selain aksi Malaysia-Korea, turut tersenarai adalah perlawanan Kumpulan D antara Jepun menentang Vietnam dan aksi membabitkan Arab Saudi dan Oman daripada Kumpulan F pada perlawanan aksi pertama saingan kumpulan.

Selain itu, perlawanan Iraq-Jepun serta Vietnam dan Indonesia selain Tajikistan – Lebanon dari Kumpulan A turut tersenarai.

sumber:- SH

Kepada yang mahu mengundi boleh melawati laman sesawang: DISINI