sukan

Perangai Piala AFF Vietnam bawa padah

Seperti yang disangka, Vietnam kekal dengan cara permainan agresif, dihukum dengan layangan kad merah ke atas pemain tengah, Khuat Van Khang selepas terjahan keras dilakukan ke atas pemain Iraq dalam saingan Piala Asia rabu lalu.

Aksi sama juga dipamerkan ketika perlawanan penuh kontroversi di antara Malaysia bertemu Vietnam pada saingan Piala AFF 2022 apabila kita tewas 0-3 melibatkan Doan Van Hau dan Azam Azmi di luar kotak penalti.

Walaupun Piala Asia ini adalah pentas terbesar, namun apa sebenarnya yang ditanam dalam diri mereka sehingga mampu untuk beraksi dengan tahap agresif sebegitu.

sumber:_ SA

Vietnam juga muncul sebagai pasukan pertama Asia Tenggara yang tersingkir daripada Piala Asia selepas Malaysia.