Jepun mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia dan kemungkinan berdepan Korea Selatan selepas menang 3-1 ke atas Indonesia, semalam.
Ayase Ueda menjaringkan gol pada setiap babak dengan gol sendiri Indonesia lewat permainan memastikan pasukan pilihan itu muncul naib juara peringkat kumpulan di belakang Iraq.
Sandy Walsh menjaringkan gol saguhati untuk Indonesia pada masa kecederaan di penghujung permainan.
Jepun kini akan menentang pemenang Kumpulan E.Korea Selatan kendalian Jurgen Klinsmann kini berada di tangga kedua dengan perbezaan gol di belakang Jordan dan akan berdepan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, esok.
Indonesia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan D dan perlu menunggu sehingga pusingan pertama berakhir esok untuk melihat sama ada mereka layak sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.
Selepas kekalahan mengejut 1-2 kepada Iraq, jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu membuat lapan pertukaran pada kesebelasan utamanya.
Beliau bagaimanapun meletakkan kepercayaan kepada penjaga gol, Zion Suzuki, yang melakukan kesilapan ketika bertemu Iraq menjadi ejekan perkauman di media sosial selepas tamat perlawanan.
Indonesia tamatkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan kekalahan. Kumpul 3 mata hasil dari kemenangan ke atas Vietnam. Jaringkan 3 gol dan bolos 6 gol.
Indonesia masih ada peluang tipis untuk layak dengan mengharapkan Bahrain kalah dengan defisit 3 gol atau Oman seri dalam perlawanan terakhir.