JURULATIH Jepun, Hajime Moriyasu terkesima dengan impak permainan Indonesia di bawah bimbingan Shin Tae-yong.
Menurut Moriyasu, Tae-yong telah merevolusikan permainan skuad Garuda yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.Sebagai rekod, Indonesia muncul sebagai skuad termuda dalam kalangan 24 pasukan yang bertanding di Piala Asia dengan purata umur 24.33.
Malah, 12 daripada 28 pemain yang dibawa ke Qatar boleh diturunkan pada Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23)2024!
Bahkan, pemain berusia 18 tahun, Arkhan Fikri boleh disenaraikan untuk kejohanan Piala Asia B-20 hingga Piala Dunia B-20 2025.
“Indonesia berkembang pesat di bawah kepimpinan Shin Tae-yong,” ujar Moriyasu.Skuad Samura Biru menepati ramalan mengalahkan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan D, namun kemenangan 3-1 itu membuka mata Moriyasu terhadap kemampuan Indonesia menyerap tekanan.
Dalam perlawanan tersebut, Jepun hanya berjaya menembusi gawang Indonesia menerusi permainan terbuka (gol Ayaes Ueda m-52), manakala dua lagi gol menerusi penalti (Ueda m-6) dan gol sendiri Justin Hubner m-88.
Indonesia yang berada di tempat ketiga perlu menunggu hingga tamat peringkat kumpulan sama ada mereka akan layak sebagai empat pasukan terbaik di kedudukan tersebut.
sumber:- SH
Iraq dan Jepun meneruskan kemaraan ke peringat 16 terakhir, manakala Vietnam pulang ke Hanoi tanpa merekodkan sebarang kemenangan.