sukan

Komen Kim Pan Gon selepas berjaya kejutkan Korea Selatan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon hilang kata-kata pada sidang media selepas melihat aksi menakjubkan anak buahnya yang hampir memalukan Korea Selatan dengan mengikat keputusan 3-3.

Ujarnya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang sentiasa menyokong pasukan negara dari belakang selama ini.

Malah, keputusan mengejutkan gergasi bola sepak Asia itu hadiah buat semua terutamanya penyokong Harimau Malaya.

“Bagi saya ia keputusan yang fantastik. Tahniah kepada pemain dan penyokong.
“Tahniah kepada peminat, pemain, kelab-kelab dan pihak Kerajaan yang sentiasa menyokong pasukan,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Dalam aksi di Stadium Al Janoub itu, pemain negara mencipta sensasi di bumi Qatar apabila mengikat Korea Selatan.

Malaysia yang tumbang dalam dua aksi awal sebelum ini tampil lebih bertenaga sepanjang 90 minit permainan di mana pada satu ketika anak buah Pan-gon berjaya mendahului dengan 2-1.

Reputasi skuad Taegeuk Warriors selaku pasukan Piala Dunia serta berada di kedudukan ranking ke-23 dunia tidak mengentarkan pemain negara yang tetap berjuang hingga wisel penamat sebelum Romel Morales muncul penyelamat dengan gol ketiga di masa kecederaan.

sumber:- HM

Kejayaan mengikat Korea Selatan ini sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini.