sukan

“Hentikan agenda saya ini” — TMJ

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan bahawa pasukannya akan terus mendominasi kancah bola sepak tempatan.

Menerusi muatan terbaru di laman sosial Instagram, Tunku Ismail, berkata akan terus ‘membunuh bola sepak tanah air’ sementara memuat naik tajuk utama beberapa akhbar tempatan.

Tunku Ismail berkata, “Bukan musim ni. Pada masa akan datang. Sebagai pembunuh bolasepak tanah air dari dulu saya dah banyak kali katakan yang saya akan terus membunuh bolasepak tanah air.

“Dah 11 tahun saya merosakkan bolasepak tanah air dalam setiap aspect. Saya menyeru kepada penyokong bolasepak tanah air bersatu padu dan beramai ramai hentikan agenda saya ini.

“Terima kasih dan semoga berjaya.”Beberapa tajuk utama itu merupakan berita mengenai bagaimana Tunku Ismail menjadi individu penting dalam mendapatkan khidmat pertahanan tengah, Dion Cools untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

sumber:- SA

Terbaru, JDT telah mengikat pemain import baru, Murilo Henrique, bagi menghadapi kempen 2024/25.Dalam satu hantaran di media sosial, JDT mengumumkan akan diperkuatkan oleh pemain kidal dari Brazil berusia 28 tahun itu yang mencipta nama di Finland bersama SJK Seinajoki.