Bukan satu tugasan yang berat buat perseorangan lelaki nombor tiga negara, Leong Jun Hao meneruskan langkah dalam Kejohanan Masters Indonesia apabila bijak menggunakan peluang untuk meranapkan impian Jason Teh dalam pertemuan selama 43 minit itu.
Jun Hao mendominasi set pertama 21-12 bagaimanapun di set kedua, wakil dari Singapura beri tentangan seakan mahu menarik perlawanan ke set penentuan tetapi berjaya di pintas juara Masters Indonesia super 100 (2022) sekaligus menamatkan aksi dengan mata akhir 21-19.
sumber:- SA
Rekod pertemuan sememangnya berpihak kepada Jun Hao dengan catat 3 kemenangan dalam 4 pertemuan dan sekali lagi pemain berusia 24 tahun ini melebarkan jurang kemenangan.