sukan

Malang terus menimpa Malaysia menjelang aksi terakhir

TIGA pemain kemungkinan tidak akan beraksi pada aksi terakhir Kumpulan E membabitkan skuad Harimau Malaya dan Korea Selatan di Stadium Al Janoub, di sini, Khamis ini.

Pemain yang kemungkinan diketepikan antaranya tonggak warisan yang teruk dikecam, Natxo Insa.

Dua lagi pemain lain iaitu ketua pasukan, Matthew Davies dan Syahmi Safari yang dilihat hanya berjalan di tepi padang.

Tidak dipastikan mengapa ketiga-tiganya tidak menyertai latihan bersama rakan sepasukan, mungkin masalah kecederaan menghantui tonggak itu.

Pemain lain pula giat berlatih di tengah padang dengan Kim Pan-gon dilihat mencuba beberapa gandingan baharu yang belum beraksi.

Kelibat Brendan Gan mungkin dapat dilihat dalam perlawanan terakhir kumpulan itu nanti selepas pemain tengah Selangor FC itu diketepikan dalam dua aksi terdahulu.

Daniel Ting juga mungkin mengisi kembali kesebelasan utama.Aksi berdepan Korea Selatan sudah tidak membawa apa-apa makna buat skuad Harimau Malaya yang sudah pun tersingkir.

sumber:- HM

Malaysia tewas dua aksi kumpulan masing-masing di tangan Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), sekali gus gagal meraih sebarang mata untuk berada di tangga tercorot kumpulan.