sukan

Akui kempen kali ini adalah yang terakhir di pentas Asia

Barisan pemain skuad Harimau Malaya tidak akan memberi laluan mudah kepada Korea Selatan meskipun sudah tersingkir daripada saingan Piala Asia 2023.

Menurut pertahanan tengah negara, Junior Eldstal, dia tidak memandang remeh pertemuan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia itu, Khamis ini.

Sebaliknya pemain kacukan itu menegaskan perlawanan di Stadium Al Janoub itu tetap penting dan sebahagian daripada tugasan yang harus diselesaikan dengan sempurna.

“Masih lagi dalam pertandingan dan kami tetap fokus akan pergi ke sana (Stadium Al Janoub).”Aksi terakhir ini kami akan buat habis-habisan untuk diri sendiri dengan harapan membuatkan Malaysia bangga.

“Kami telah melupakan apa yang berlaku (kekalahan) semasa bertemu Bahrain. Misi kami adalah sekurang-kurangnya dapatkan mata di Qatar ini,” katanya.

Harapan skuad negara untuk melangkah jauh dalam saingan Piala Asia edisi ke-18 ini tidak kesampaian apabila kalah kepada 0-4 di tangan Jordan dan Bahrain (0-1), sekali gus peluang ke peringkat kalah mati tertutup rapat.

Berikutan itu, aksi terakhir kumpulan menentang Korea Selatan boleh dianggap sebagai aksi pelengkap jadual yang tidak akan mengubah kedudukan anak buah Kim Pan-gon di tangga tercorot kumpulan.

Junior mengakui kempen Piala Asia ini adalah yang terakhir buatnya bersama kem negara atas faktor usia.

sumber:- HM

“Mungkin ada peluang (dapat mata) walaupun agak tipis dan pentas di Doha adalah peluang terakhir bermain untuk pemain tua di Piala Asia akan datang,” katanya.