sukan

Perak FC akhirnya buka mulut isu tawaran JDT

Pengerusi kelab Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, sedang mempertimbang tawaran Johor Darul Ta’zim (JDT) berhubung dua pemain yang mahu dipinjamkan iaitu Haziq Nazli dan Adam Nor Azlin.

Walaupun tawaran itu hadir daripada Harimau Selatan, ia tidak bermakna Perak sekadar bersetuju sahaja malah pertimbangan kekal berlaku berdasarkan keperluan skuad Yusri Che Lah.

Sang Seladang merekrut bekas penjaga gol PDRM, Ramadhan Hamid, berbanding kelibat Haziq tetapi tidak menutup pintu buat Adam.
“Kami perlu tengok keperluan pasukan kalau pemain itu seseorang yang kami perlukan seperti penjaga dan di bahagian serangan.

“Bagi pihak Perak FC, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada JDT kerana menawarkan pemain pinjaman kepada kami,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Untuk lebih realistik,, Azim mendedahkan sasaran Perak pada musim 2024 ialah sekurang-kurangnya berakhir di kedudukan ke-7 atau 8 di penghujung musim nanti.

Namun, faktor itu tidak cukup untuk menarik lebih banyak penaja ke dalam kelab jadi giliran sentuhan Yusri untuk terus mencipta magis.

sumber:- SA

“Setakat ini tidak memberangsangkan. Mungkin sebab kami asyik kalah.”Dalam masa sama, kami juga ada memohon bantuan daripada agensi dan syarikat negeri Perak,” katanya lagi.