sukan

Pemain Thailand jawapan terbaik kepada masalah Selangor

Kejayaan negara jiran, Thailand, mengikat Oman seri tanpa jaringan memberi sinar bahawa Asia Tenggara juga mempunyai bakat terbaik dalam arena bola sepak dunia.

Salah satu nama yang menyerlah dalam perlawanan itu adalah Theerathon Bunmathan yang raih 100 kaps antarabangsa bersama Thailand, dia juga berjaya mengetuai negaranya dalam kemenangan 2-0 ke atas Kyrgystan tempohari.

Legenda bola sepak negara, Asmawi Bakiri menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kapten Thailand itu.Asmawi yang juga bekas pemain Selangor membayangkan bahawa Theerathon mampu menjadi jawapan kepada masalah pertahanan kiri yang dibelenggu Gergasi Merah sejak sekian lama.

“Pemain berkaki kiri ini sangat bijak, ramai pemain terbaik dunia mempunyai kebolehan kaki kiri.”Jika Selangor berpeluang untuk dapatkan Theerathon, itu jawapan terbaik kepada masalah pertahanan kiri, bonus buat mereka juga apabila kapten Thailand itu mampu bermain di pelbagai posisi.

sumber:- SA

“Seperti semua peminat tahu, posisi itu (pertahanan kiri) ibarat sumpahan dalam pasukan Selangor kerana setiap musim asyik tidak jadi. Mungkin sumpahan itu dapat dihentikan dengan kehadiran ‘superstar’ seperti Theerathon,” katanya.