sukan

Jordi Amat terima ‘padah’

Kapten JDT, Jordi Amat, dilaporkan patah tulang hidung ketika membantu Indonesia menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Asia Qatar di Stadium Abdullah bin Khalifa malam semalam.

CNN Indonesia memaklumkan bahawa pertahanan tengah itu juga mungkin perlu memakai pelindung muka seandainya diturunkan untuk menghadapi Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Al Thumama pada Rabu ini.

“Ya, saya ada patah tulang kecil di sebelah hidung saya, saya kira dua hari istirahat saja cukup untuk penyembuhan dan saya harap saya bisa bermain dengan masker untuk melindungi wajah saya,” kata Jordi seperti yang dipetik daripada laman web rasmi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

sumber:- SA

“Memang tidak nyaman karena menyakitkan tetapi saya berharap peradangannya hilang dalam beberapa hari.”