sukan

Air mata Malaysia mengalir di minit akhir

Jaringan Ali Madan dalam masa kecederaan menghukum Malaysia sekaligus tersingkir daripada Piala Asia.

Rembatan ‘trivela’ Ali Madan pada minit kelima masa kecederaan ternyata terlalu pahit untuk ditelan skuad kendalian Kim Pan-gon sekaligus menyaksikan mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia Qatar.

Harimau Malaya melancarkan asakan berbahaya terhadap Bahrain dalam separuh masa pertama, tiga penyerang serangkai negara yang terdiri daripada Faisal Halim, Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi hampir memerangkap pintu gol Bahrain, begitu juga dengan percubaan lintang daripada Matthew Davies.

Malaysia juga berdepan detik cemas dalam insiden minit ke-30 selepas Kamel Aswad percaya dia sepatutnya mendapat sepakan penalti akibat dirempuh oleh Dion Cools.

Bersambung dalam separuh masa kedua, Natxo Insa menggantikan Syamer Kutty Abba yang telah mengutip satu kad kuning dalam 45 minit pertama.

Corak permainan yang berbeza merumuskan permainan yang memihak kepada Bahrain, lebih mendominasi kawalan bola sementara Malaysia melancarkan serangan balas namun gagal membuahkan hasil.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-89 apabila Matt Davies memperoleh peluang namun rembatannya sekadar melepasi gawang.

Syihan Hazmi turut menampilkan gerakan cemerlang apabila menafikan percubaan Ali Hasan Saeed Hasan Ali Isa dalam masa kecederaan.

sumber:- SA

Detik yang menghancurkan harapan Malaysia hadir pada minit kelima masa kecederaan, Ali Madan memastikan rembatan dari luar kotak penalti gagal dinafikan Syihan sekaligus menamatkan peluang pasukan untuk ke pusingan kalah mati.
Malaysia bakal menamatkan saingan dengan bertemu Republik Korea Khamis ini