sukan

Piala Asia: Jepun mangsa kedua Indonesia

Indonesia memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Piala Asia Qatar dengan menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Abdullah bin Khalifa awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Indonesia kini membuka peluang untuk melayakkan diri ke pusingan 16 dengan tiga mata selepas dua perlawanan menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Jepun pada Rabu ini.

Susulan kejayaan itu, CNN Indonesia melaporkan skuad garuda berkenaan kini menyasarkan Jepun sebagai mangsa seterusnya untuk melakukan kejutan dalam kempen edisi ini biarpun menyedari ia bukan satu tugas mudah.

“Timnas Indonesia kini membidik Jepang sebagai target ‘korban’ lain di Piala Asia 2023 usai mengalahkan Vietnam 1-0 di Stadion Abdullah bin Khalifa, Jumat (19/1),” kata laporan itu.

“Dengan kemenangan itu, harapan Timnas Indonesia demi lolos ke babak 16 besar Piala Asia 2023 terbuka setelah akhirnya menang lawan Vietnam di level senior.”

Laporan itu juga menafsirkan kejayaan Indonesia meraih kemenangan pertama setelah enam pertemuan sebelum ini adalah disebabkan percaturan genius Shin Tae-yong, yang menggunakan formasi 3-4-3 ketika menyerang dan 5-4-1 ketika bertahan.

sumber:- SA

“Kini, setelah menghajar Vietnam, Indonesia menargetkan kejutan lain lawan Jepang. Jika kemenangan atas Samurai Biru dianggap sulit, setidaknya Jordi Amat dan kawan-kawan bisa memberikan perlawanan sengit atau bahkan mencuri poin,” kata laporan itu lagi.