sukan

Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon melakukan empat perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya bagi aksi menentang Bahrain berbanding ketika berdepan Jordan, Selasa lalu.

Perubahan itu termasuk di bahagian serangan dengan pengendali dari Korea Selatan itu meletakkan pemain naturalisasi, Paulo Josue dan merehatkan Darren Lok dan Romel Morales.

Gandingan Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi bagaimanapun dikekalkan di bahagian serangan.

Bahagian tengah turut berlaku perubahan yang mana Pan Gon menyenaraikan Syamer Kutty Abba untuk bergandingan bersama Stuart Wilkin.

Syamer menggantikan tempat Afiq Fazail yang beraksi dalam kesebelasan utama ketika menentang Jordan.

Bahagian pertahanan paling banyak berubah dengan Pan Gon meletakkan dua bek tengah, Shahrul Saad dan Dominic Tan selain tiga lagi pemain yang beraksi ketika menentang Jordan iaitu kapten, Matthew Davies, Dion Cools dan La’Vere Corbin-Ong.

sumber:- BH

Senarai pemain

Matthew Davies (kapten), Mohd Shahrul Mohd Saad, Dominic Tan, Mohamadf Faisal Abdul Halim, Stuart Wilkin, Arif Aiman Mohd Hanapi, Syamer Kutty Abba, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Paulo Josue, Dion Cools, La’Vere Corbin-Ong.