sukan

Faisal Halim pemain paling penting

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, mengetengahkan kualiti permainan yang dimiliki Faisal Halim mampu menghadirkan kemenangan buat Malaysia dalam aksi Piala Asia bertemu Bahrain malam ini.

Malaysia melewati detik sukar apabila tewas dalam aksi pertama 0-4 kepada Jordan dan kini berdepan misi hidup mati untuk membawa cabaran ke peringkat kalah mati berdepan Bahrain malam ini.

Kim Swee meletakkan taruhan terhadap kualiti pemain yang dimiliki skuad Kim Pan-gon untuk bangkit memastikan kemenangan dalam perlawanan ini.

“Kita memerlukan kemenangan, barisan serangan amat penting dalam perlawanan ini. Pemain seperti Faisal Halim mampu menukar keputusan perlawanan, saya yakin kemampuanya untuk bergandingan bersama Arif Aiman Md Hanapi mampu menterjemahkan keputusan yang positif buat pasukan negara dalam perlawanan ini.

sumber:- SA

“Ditambah dengan disiplin yang tinggi, saya yakin mereka mampu menang dalam perlawanan ini.”