sukan

Kejutan Terbesar Piala Asia

Aymen Hussein menanduk masuk dua gol pada babak pertama ketika Iraq mengejutkan pasukan pilihan Piala Asia, Jepun 2-1 sebentar tadi seterusnya mara ke pusingan kalah mati.

Ini ialah kekalahan pertama Jepun pada peringkat kumpulan Piala Asia dalam 26 perlawanan dan memungkinkan mereka berdepan Korea Selatan pada peringkat 16 terakhir di Qatar sekiranya layak.

Iraq – berkedudukan ke-63 dunia manakala Jepun ke-17 berdepan penamat mendebarkan apabila pemain Liverpool, Wataru Endo kembali merapatkan kedudukan dalam masa kecederaan.

Namun mereka bertahan dan kini mengumpul enam mata selepas menewaskan Indonesia 3-1 pada perlawanan pembukaan.Iraq akan berdepan Vietnam pada aksi terakhir Rabu depan.

sumber:- SA

Juara empat kali, Jepun mengumpul tiga mata selepas menewaskan Vietnam 4-2 pada aksi pembukaan dan akan menentang Indonesia juga pada Rabu. – AFP