Indonesia menampilkan persembahan yang penuh bersemangat ketika bertemu Iraq, mempamerkan kebangkitan ketika ketinggalan satu jaringan sebelum terkandas dalam aksi peringat kumpulan Piala Asia Qatar tempohari.
Pertahanan berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mahu pasukannya mengetepikan kekalahan terdahulu sementara memberikan tumpuan untuk meningkatkan lagi corak permainan secara keseluruhan sekaligus memperbaiki pencapaian yang dilakukan berdasarkan penampilan dalam Piala Asia edisi lalu.
Indonesia meraih kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan ketika edisi 2004 dan 2007, masing-masing mengatasi Qatar dan Bahrain, menerusi keputusan 2-1.
Menjelang pertemuan dengan Vietnam, Amat berharap pasukannya akan bangkit daripada kekalahan terdahulu sekaligus memastikan satu kemenangan berjaya diperoleh dalam saingan Piala Asia.
“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar,” kata Amat.“Ia adalah perlawanan yang sangat penting untuk Indonesia. Kami mahu menang jadi kami memerlukan persembahan yang baik dan saya percaya kami boleh melakukannya.
“Ya, kami tewas dalam perlawanan pertama menentang Iraq tetapi saya gembira dengan persembahan walaupun kami sedih dengan keputusan itu. Kami adalah pasukan yang sangat muda yang bersaing dengan pasukan besar seperti Iraq. Pasukan ini bertambah baik setiap hari.
sumber:- SA
“Kami mengikuti idea jurulatih dan anda boleh melihatnya setiap perlawanan. Kami melihat permainan Vietnam dan mereka mempunyai perlawanan separuh masa pertama yang sangat baik menentang Jepun. Mereka adalah pasukan yang kuat jadi kami perlu memberikan yang terbaik untuk menewaskan mereka.”