sukan

Impian peminat Malaysia akhirnya tercapai

HAJAT seorang peminat skuad Harimau Malaya, Muhammad Ridzwan Erman Effendi untuk bertemu pemain negara tercapai apabila dia berjumpa tiga pemain kebangsaan dan pengendali pasukan, Kim Pan-gon.

Ridzwan, 27, yang cacat penglihatan sejak kecil hadir ke hotel penginapan pasukan di sini bersama abagnya, Raff Iskandar diberi peluang bersemuka dengan pemain pujaannya iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Shahrul Saad.

Selain bertemu Pan-gan dan pemain negara, dia turut bertemu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyambut kehadirannya.

sumber:- HM

Hamidin sempat berbual dengan Ridzwan yang kelihatan gembira dapat berjumpa dengan ‘orang nombor’ satu FAM itu.Terdahulu kehadiran Ridzwan di Doha, Qatar mencuri tumpuan peminat di tanahair yang kagum dengan kesungguhannya tetap hadir biarpun tidak mampu melihat.