sukan

Selepas ‘titik’ Malaysia, Jordan sekali lagi tarik perhatian Malaysia

Sesiapapun dalam kalangan penyokong Harimau Malaya dapat mengelak daripada perasaan kecewa selepas anak buah Kim Pangon terpaksa akur dengan kualiti permainan yang dipamerkan oleh Jordan yang menyaksikan skuad negara tewas 0-4 dalam aksi pertama mereka bagi kempen Piala Asia.

Walaupun pelbagai justifikasi yang diberikan, tetapi sudah pastinya dalam setiap perlawanan kemenangan adalah fokus utama dan tujuan bagi setiap pasukan yang bermain di semua peringkat kejohanan.

Malah kekalahan itu mungkin lebih dekat dengan peminat bola sepak tanah air disebabkan beberapa nama pemain Jordan pernah meniti di bibir peminat dek kerana pernah menyarung jersi pasukan tempatan dalam kancah Liga Malaysia sedikit masa lalu.

Namun dengan persembahan terbaharu yang dipamerkan oleh Jordan, nampaknya sekali lagi menarik minat pasukan tempatan untuk memancing pemain mereka untuk beraksi di Malaysia.

Perkhabaran terbaharu menunjukkan sudah ada pemain mereka kini sedang berada dalam radar sebuah pasukan tempatan untuk merealisasikan impian untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut dalam kancah Liga Super yang bakal dibuka secara rasmi Mei nanti.

Antara yang disebut-sebut ialah membabitkan pemain tengah dari kelab Al-Hussein SC, Rajaei Ayed 30, yang kini mendapat perhatian yang serius oleh pasukan tempatan itu.

Rajaei mula menyertai kelab tersebut sejak 26 April 2023 dan mempunyai reputasi yang amat memberasangkan dengan 31 penampilan dengan pasukan kebangsaan negara itu sejak 2014.

sumber:- SA

Setakat 22 penampilanya dalam kempen Piala AFC pula, beliau merekodkan satu jaringan dan pernah berkelana untuk beraksi dalam kancah liga Thai bersama kelab Ratchaburi FC pada 2022.