BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan momentum positif apabila melangkah ke saingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2024 di New Delhi pada Khamis.
Kejayaan itu diraih setelah menumpaskan pasangan China, Cheng Xiang-Zhang Chi 26-24, 21-10 pada pusingan kedua di Dewan Tertutup KD Jadhav.
Kemenangan itu pasti dapat mengubat duka mereka yang tewas dalam saingan pusingan pertama pada Terbuka Malaysia minggu lalu.
Dalam aksi itu, Soon Huat-Shevon dipaksa bekerja keras untuk memenangi set pertama sebelum mempamer aksi konsisten pada set kedua sekali gus melakar kemenangan dalam tempoh 42 minit permainan.
Mereka akan menentang pilihan kelima kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam pertembungan suku akhir pada Jumaat.
Dalam pada itu, skrip berbeza menimpa satu lagi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang gagal meneruskan kemaraan apabila tersingkir dalam aksi pusingan kedua.
sumber:- SH
Berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Samsiree Taerattanachai, gandingan negara yang berada di ranking kesembilan dunia itu akur tewas 19-21, 16-21 dalam tempoh 51 minit.