sukan

Dua tonggak sudah kembali bersama pasukan

BARISAN kejurulatihan skuad Harimau Malaya mempunyai resepi tersendiri dalam membangkitkan suasana latihan yang ceria apabila memulakan sesi latihan dengan permainan Ted Ball.

Arena Metro yang melakukan tinjauan di pusat latihan pasukan di padang Universiti Qatar di sini mendapati suasana latihan pasukan cukup harmoni.

Suasana itu memberi isyarat bahawa skuad kendalian Kim Pan-gon tampak bersemangat menjelang aksi hidup mati menentang Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, Sabtu ini.

Pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan, Endrick Dos Santos dan Natxo Insa sudah kembali bersama pasukan. Namun tonggak tengah iaitu Afiq Fazail kelihatan berlatih berasingan bersama pembantu jurulatih.

Pemain negara memulakan latihan dengan sesi regangan sebelum memulakan latihan di tengah padang.

Sepanjang latihan itu, pemain bersemangat melakukan setiap arahan diberi oleh barisan kejurulatihan di samping gurauan antara pemain bagi menggambarkan keharmonian pasukan.

sumber:- HM

Aksi berdepan Bahrain hujung minggu ini sememangnya penting bagi menghidupkan peluang selepas tumbang 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia, Selasa lalu.