sukan

Mahmoud Al-Mardi akui Kedah bantu beliau

Pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi, mengakui pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia bersama Kedah Darul Aman FC pada 2022 menyumbang kepada peningkatan prestasinya bersama skuad kebangsaan Jordan.

Pakar sepakan percuma dan jaringan jarak jauh itu meledakkan dua gol gemilang untuk membantu kemenangan 4-0 Jordan ke atas skuad negara dalam perlawanan pertama Kumpulan E, Piala Asia Qatar di Stadium Al-Janoub awal pagi tadi.

Dalam satu temu bual bersama wartawan A, Al-Mardi berkata: “Yang pertama saya mahu mengucapkan Alhamdulillah.
“Pasukan kebangsaan Malaysia merupakan pasukan yang baik. Kami ada melihat beberapa perlawanan mereka dan mereka bermain dengan amat baik.

“Tetapi anda perlu tahu ini kejohanan peringkat Asia dan perlawanan ini amat penting buat Jordan kerana semua penyokong kami menonton kejohanan ini dan kami mahu mencipta sejarah di sini, Insya-Allah.

“Kami hanya mahu menang dan tidak memikirkan mengenai jumlah jaringan.”Sudah pasti saya menonton semua perlawanan Kedah sepanjang musim lalu, mereka bermain bagus dan saya merindukan pasukan Kedah.

sumber:- SA

“Saya memiliki pengalaman dalam Liga Malaysia dan ia membantu saya untuk menjaringkan dua gol hari ini, Alhamdulillah.”