sukan

Luahan Faisal Halim selepas dimalukan Jordan

“Saya pun rasa kurang memberi impak malam ini.” Itu luahan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim yang mengakui beraksi di bawah tahap sebenar ketika menentang Jordan di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.

Dalam aksi pertama Kumpulan E saingan Piala Asia itu, skuad kendalian Kim Pan-gon tumbang 0-4 untuk memulakan kempen dengan langkah kiri, sekali gus meletakkan pasukan negara di kedudukan tercorot kumpulan.

Jelas Faisal, permainan skuad negara serba tidak menjadi dari awal permainan, malah analisis yang dilakukan ke atas pasukan Jordan sama sekali tidak membantu apabila lawan mengamalkan corak permainan berbeza.

“Sudah tentu saya tak berpuas hati, bukan kata saya saja, semua pemain yang bermain di padang hari ini (awal pagi tadi) dah tentu tak berpuas hati.”Walaupun saya main bagus sekalipun, tapi kalau kita kalah pun tak guna juga. Saya pun merasa kurang memberi impak malam ini, sebab sukar untuk kita dari segi corak permainan.

“Kita boleh kawal bola dan buat banyak hantaran dan kawal permainan. Tapi untuk menyerang mereka juga sudah jangka.

“Kita analisis (kelemahan pasukan Jordan) tapi malam ini berubah dan ia sedikit sebanyak mengganggu. Kita pula kena dua gol awal,” katanya selepas aksi itu.

Empat gol Jordan diraih menerusi dua gol Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-12 dan 32, manakala dua gol lagi disumbangkan Mousa Al-Taamari di minit ke-18 dan 85.

Ujar Faisal yang juga pemain Selangor FC, tahap permainan Malaysia sebenarnya masih jauh lagi jika dibandingkan dengan jaguh Asia yang lain.

“Saya pun kalau fikir balik, dalam Kelayakan Piala Dunia lawan Kyrgyzstan, India dan China, kita masih lagi boleh beri saingan.

“Tapi bila dekat Piala Asia ini, ‘level’ yang lebih jauh dan lebih tinggi…sudah tentu pemain semua dengan kegugupan masing-masing kita cuba berikan terbaik.

sumber:- HM

“Tapi banyak lagi yang kita perlu belajar. Kita masih ada lagi dua perlawanan dan peluang untuk kita orang cakap sukar, tapi dalam bola sepak kita perlu usaha dulu dan buat sebaiknya untuk cuba membanggakan rakyat Malaysia,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago