sukan

Komen Kim Pan-gon selepas teruk dibelasah Jordan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui kegugupan antara faktor mengapa pasukannya gagal memberi tentangan hebat kepada Jordan hingga dibelasah 0-4 dalam aksi pertama Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi.

Jelas Pan-gon, penampilan pertama kali di pentas tertinggi Asia itu selepas 2007 menyaksikan anak buahnya tidak mampu menghalang jentera serangan Jordan yang cukup ampuh.

Malah, Pan-gon turut memohon maaf di atas kekalahan itu kepada seluruh penyokong setia skuad Harimau Malaya.

“Saya mohon maaf kepada peminat dan pemain sudah cuba beri saingan tapi kita tidak mampu beri tentang kepada Jordan,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Katanya lagi, Jordan yang menghuni ranking 87 dunia itu bermain lebih baik daripada skuad kendaliannya.

“Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Jordan, mereka persembahkan aksi terbaik malam ini. Secara fizikal dan taktikal mereka lebih baik,” katanya.

sumber:- HM

Kekalahan ini menyebabkan Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan E, dan selepas ini akan turun menentang Bahrain pada Sabtu ini.