sukan

Piala Asia : Keputusan Group Malaysia aksi Korea Selatan menentang Bahrain

Pemain Paris Saint-Germain (PSG) Lee Kang-in membayangi Son Heung-min apabila meledak dua gol ketika Korea Selatan memulakan misi memburu Piala Asia pertama mereka sejak 1960 dengan menewaskan Bahrain 3-1 di Stadium Jassim bin Hamad, sebentar tadi.

Lee yang menyerlah bersama PSG sejak menyertai gergasi Ligue 1 itu dari Mallorca musim panas lalu jelas menjadi penyelamat kepada skuad kendalian Jurgen Klinsmann daripada masalah di Doha ketika menentang Bahrain yang tampil bersemangat selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan pada awal babak kedua menerusi Abdullah Al-Hashash.

Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu memperagakan kehebatannya apabila meledak dua gol pada minit ke-56 dan 68 selepas Hwang In-beom meletakkan Korea Selatan di depan sebelum rehat.

Bintang Tottenham Hotspur, Son bagaimanapun gagal menyerlah malah dia dilayangkan kad kuning selepas melakukan terjunan di dalam kotak penalti Bahrain.

Bagaimanapun, Klinsmann tidak kisah selepas menyaksikan pasukannya memulakan kempen dengan langkah kanan dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan di Qatar.

sumber:- BH

Selepas Bahrain, skuad kendalian Klinsmann akan menentang Jordan sebelum melengkapkan aksi Kumpulan E menentang Malaysia. – AGENSI