sukan

Korea Selatan bangga dengan pencapaian Malaysia

Hanya tinggal beberapa jam sebelum sepak mula Malaysia-Jordan tepat jam 1.30 pagi nanti, kehangatan tidak hanya terasa di Qatar mahupun Malaysia semata-mata.

Malah, rakan media dari Korea Selatan tidak melepaskan peluang menyuarakan hasrat untuk melihat Malaysia buka langkah kanan di Stadium Al-Janoub.

‘Kim Pan Gon. He got strong believe his player can win against Jordan, if that happen its Korean achievemant too.’

Itu antara hantaran pesanan ringkas menerusi applikasi whatsapp daripada rakan media Korea Selatan yang sudah berada di Qatar membuat liputan Piala Asia 2024.

Bukan nak perasan.Perlawanan pagi nanti bukan rakyat Malaysia sahaja yang teruja, malah pemerhati bola sepak Korea Selatan pun tidak mahu melepaskan peluang melihat, sejauh mana anak jati Korea Selatan (KPG) mampu ubah wajah bola sepak Malaysia.

Malah, jika di buat undian nama Kim Pan Gon terus menjadi pilihan sebagai jurulatih Korea Selatan yang mampu menyerlah berbanding Shin Tae-yong yang kemudi skuad Indonesia ketika ini.

‘Malaysia can do something in Qatar base on current performance. But i dont think Shin Tae Yong got best choice from his team for this time being.’

sumber:- SA

Demikian analisis ringkas sesama rakan media, di sebuah petang yang basah dengan hujan lebat di sekitar Lembah Kelang.Moga hujan rahmat. Amin