sukan

Jojo dedah rahsia sebelum aksi di gelanggang

“Selalunya solat sajalah sebab solat buat rasa tenang.”

Itu antara rahsia terbesar bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali sebelum memulakan aksi menentang pencabarnya di dalam gelanggang, dia akan mulakan ‘ritual’ dengan solat dan meminta pertolongan kepada Allah SWT

Nampak seperti biasa namun bagi Johan atau lebih popular dengan panggilan Jojo, perkara itu sangat bermakna buat dirinya bagi menenangkan jiwa dan kekal fokus di dalam petarungan itu.

Menurut Johan, ketika dirinya harus menentang lawan dari Thailand, Tai Sor Jor Piek Uthai dalam One Friday Fights 18 pada bulan Mei tahun lalu, disebabkan terlalu gementar, dia dengar surah Al-Quran bagi menghilangkan segala ketakutan dan keajaiban itu terjadi dalam pertarungan berkenaan.

“Selalunya solat sajalah sebab solat buat rasa tenang. Bila sebelum keluar hotel itu, akan solat dulu, solat hajat dan solat semua, boleh solat, solat, boleh berdoa, berdoalah.

“Selepas itu, ada hari itu nak pergi face off, masa lawan Tai tadikan ada cakap lawan Tai lawan yang paling nervous (gementar) dia punya badan tato, tua dan muka garang, jadi dalam van itu, memang rasa nervous gila, sebab nama dia left midle right, tumbuk sekali KO (knockout) terus, nak face off dengan memang rasa nervous gila.

“Itu pertama kali saya cuba buka dan dengar surah Al-Quran, saya memang desperate (terdesak) sangat nak buang rasa nervous itu, saya buka surah Al-Quran dan saya rasa terkejut, dia rasa macam tenang dan saya rasa macam ada benda lagi besar jaga. Macam ada orang lagi besar jaga (dirinya). Saya rasa macam tenang dan rasa berat dekat bahu ini, dia ambil, ” kata Jojo dalam satu podcast di Tiktok YouCast.

Berkat dari itu juga menyaksikan Jojo yang pada awalnya takut kena pukulan KO dari Tai sebaliknya pula terjadi apabila Jojo hanya memerlukan 1 minit 37saat (s) untuk menang perlawanan itu dengan dengan kemenangan KO.

Tahun 2023 begitu bermakna buat atlet berusia 18 tahun itu apabila dia terus kecapi pelbagai kejayaan termasuk memenangi Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh One Championship bulan 12 tahun lalu.

Mengikut rekod, Jojo berjaya mencatat kemenangan 5-0 dengan empat KO tahun lalu.

Selain Tai, bintang muda Thailand, Padetsuk Fairtex turut tumbang dengan KO dalam masa 0.16s sahaja.

sumber:- HM

Seterusnya, lawan dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev turut tumbang di tangan Jojo hanya 0.36s dalam pertarungan One Friday Fight 36 sebelum juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares turut menjadi mangsa tumbukan KO dari Jojo juga dalam masa 0.36s.