sukan

Matthew Davies laung amaran awal

“Kami mahu melangkah ke pusingan 16 terbaik…”

Demikian kata kapten skuad Harimau Malaya, Matthew Davies yang menyasarkan mata penuh pada aksi sulung kempen Piala Asia menentang Jordan, sekali gus sebagai pembuka jalan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Jelas Matthew, keadaan pasukan kini pada tahap terbaik selepas menjalani latihan pusat selama tiga minggu untuk menghadapi saingan itu.

“Saya nak kami layak ke pusingan 16 terbaik dan perlu tamatkan saingan (peringkat kumpulan) sama ada di tangga kedua ataupun ketiga.

“Dah lama pasukan tak layak (ke Piala Asia) selepas 43 tahun akhirnya layak secara merit. Saya bangga dengan fakta itu dan mahu banggakan penyokong tempatan,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini, hari ini.

Menurut tonggak pertahanan kanan itu lagi, skuad negara tidak akan bermain secara negatif sebaliknya akan menekan bagi memburu gol.

“Kami tak datang di sini untuk bermain bola sepak yang negarif dan menunggu saja. Kami nak buktikan yang kami mampu beri saingan kepada pasukan di ranking lebih tinggi.

“Kredit diberikan kepada barisan kejurulatihan yang mengubah pasukan dan apa yang kami perlu lakukan ialah beri persembahan sebaik mungkin,” kata pemain kacukan Malaysia-Australia itu.

sumber:- HM

Kemenangan ke atas Jordan bakal membuka peluang buat Malaysia untuk mara ke pusingan 16, di mana format kejohanan turut menyediakan empat tiket kepada pasukan di tangga ketiga selain juara dan naib juara setiap kumpulan.