sukan

Komen Pan Gon menjelang aksi pertama Piala Asia

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menaruh keyakinan tinggi bahawa anak buahnya mampu untuk mengejutkan pasukan di ranking 87 dunia, Jordan, Selasa ini.

Aksi berdepan Jordan di Stadium Al Janoub, Qatar itu menjadi perlawanan sulung buat Harimau Malaya dalam Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023.

Mengakui Jordan sebagai pasukan kuat, Pan Gon bagaimanapun menegaskan bahawa pasukannya sudah bersedia sepenuhnya untuk memburu mata penting dalam perlawanan itu.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, keputusan berdepan Jordan amat penting dengan Harimau Malaya mensasarkan untuk merebut tempat ke pusingan 16 terbaik.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok (awal pagi Selasa waktu Malaysia). Kami melakukan persiapan di Kuala Lumpur dan juga di Doha, jadi saya fikir kami boleh memberikan aksi terbaik.

“Prestasi yang baik dalam perlawanan sejak Mac lalu memberikan keyakinan kepada pemain untuk berdepan Jordan. Kami mahu mengekalkan momentum itu pada kejohanan ini dan memberi kegembiraan buat rakyat Malaysia.

“Sasaran adalah mahu melangkah ke pusingan 16 terbaik dan seandainya berjaya, kami akan fikirkan sasaran ke peringkat seterusnya. Ketika ini kami kena fokus bagaimana untuk ke pusingan 16,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selepas Jordan, Harimau Malaya yang berada di tangga 130 dunia akan meneruskan saingan dalam Kumpulan E berdepan Bahrain (86), Sabtu ini sebelum aksi terakhir menentang pasukan ranking 23 dunia, Korea Selatan (25 Januari).

Selain itu, Pan Gon menjelaskan masalah kecederaan yang menimpa beberapa pemain tidak memberi kesan besar buat pasukan untuk berdepan Jordan.

sumber:- BH

“Saya boleh simpulkan Jordan sebagai pasukan yang ada kekuatan dari segi fizikal dan memiliki kualiti individu. Namun, kami akan membuat perancangan dan kami yakin boleh menyekat mereka,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

10 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

11 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

12 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

14 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

15 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

16 hours ago