sukan

Kapten Jordan beri sebab bimbang dengan Malaysia

‘Pasukan Malaysia yang dulu bukanlah yang sekarang’, itu yang disuarakan kapten Jordan, Ehsan Haddad, menjelang pertemuan peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Piala Asia awal pagi Selasa ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Republik Korea dalam kejohanan bola sepak terbesar di Asia itu.

Kali terakhir pertemuan di antara Malaysia dan Jordan berakhir 4-0 kepada pasukan lawan, dan bagi Ehsan, yang turun beraksi dalam perlawanan tersebut ternyata waspada dengan kemampuan semasa Harimau Malaya yang hadir ke dalam Piala Asia kali ini dengan misi untuk melakar sejarah baru.

“Kami pernah berdepan mengatasi Malaysia sebelum ini, namun perlawanan esok (awal pagi Selasa) adalah sesuatu yang berbeza. Malaysia sudah memiliki kualiti permainan yang lebih bagus berbanding sebelum ini.

sumber:- SA

“Mereka juga dibarisi tujuh ke lapan pemain yang berkualiti jadi perlawanan esok adalah perlawanan yang baru buat pasukan kami,” katanya menerusi sidang media pra-perlawanan Malaysia bertemu Jordan.